Saturday, March 24, 2012

Dua novel reliti hidup


Saya sedang membaca dua novel bersaiz sederhana dan berharap dapat mengkhatamkan keduanya sebelum 02 April 2012. Novel, 'The last Lecture" ditulis oleh seorang Profesor dari Carnegie Mellon University. Randy Pausch, profesor sederhana mempunyai kehidupan yang complete sehingga didiagnose menghadapi "Pancreatic cancer." Para doktor meramalkan beliau hanya mempunyai enam bulan untuk hidup. Ramalam itu lebih kurang tepat dan beliau meninggal pada 25 Julai 2008. Isteri serta tiga orang anak yang masih kecil meneruskan kehidupan dan bergiat dengan foundation yang ditinggalkan. Novel ini digarap dengan gaya bahasa simple tapi begitu menyentuh perasaan hanya berharga RM34.90 dan boleh dibeli di MPH. Saya baru sampai ke Chapter 40 tetapi buku ini sudahpun ditempah oleh kakitangan yang ingin juga menghayati perjalanan hidup penulisnya. Beberapa petikan indah akan kekal menjadi sebahagian diri saya apabila mengenangkan penulisnya seperti, "experience is what you get when you didn't get what you wanted," "Luck is what happens when preparations meets opportunity." "Get yourself a PhD and be a professor."

Novel One Night @ the Call Center oleh Chetan Bhagat, saya beli ketika transit di lapangan Terbang Bengaluru, Bangalore. Novel bernilai 95 Rupees ini menyingkap kisah benar yang berlaku di Call center. Boleh dikategorikan novel cinta seorang jejaka kepada gadis disukai tetapi agak malu meluahkan perasaan. Suatu malam ketika sedang bertugas di Call Center, tiba-tiba telefon berdering dan didapati pemanggil ditalian itu adalah "Tuhan."hahaha...ada kelakaran di situ. Saya akan menamatkan bacaan novel ini beberapa hari lagi dengan tarikh yang sudah ditetapkan.


~Cuaca indah sekali di Bangi...dengan dentuman guruh sesekali memecah kesunyian. Pasti sebentar lagi dunia menjadi dingin di sebelah sini~

Thursday, March 22, 2012

it's easy...


"It's easy to erase someone from your mind, but, it's hard to remove it from the heart"
Petikan yang saya ambil dari blog seorang gadis. Kata-kata ini ada nilai sasteranya.

Ketika saya tenang menjalani hari-hari yang boleh saya katakan bahagia, namun ada malangnya. Sewaktu memandu pulang Jumaat lepas, cermin sisir kereta saya pecah berderai sementara bingkainya patah. Saya dalam kategori insan yang berhemat ketika memandu. Malangya, gadis ini, ... gadis sebaya anak saya yang memandu motorsikalnya begitu laju dan menghentam cermin sebelah kiri dengan bahunya lalu dia jatuh. Teman yang duduk di kerusi hadapan dalam mobil saya terkejut. Harap insiden ini tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.

Saya memberhentikan kereta lalu berkejar mendapatkan gadis yang melanggar kereta saya. Syukur...dalam hujan gerimis itu, dia masih boleh bangun berdiri. Tetapi emosi saya tercalar. Walaupun terketar-ketar, sayang tidak ada ucapan "Maaf" dari bibirnya. "Awak dah langgar kereta saya. Bagaimana? Boleh kita selesaikan di sini dengan awak membayar gantirugi?" Begitu serius saya menyoalnya. "Tapi Kak, saya hanya ada RM2 dalam dompet!" Sambil dompet merah di tunjukkan pada saya" Baiklah jika begitu, keluarkan road tax motor awak, dan lesen memandu sekali. Saya nak catat. Kemungkinan saya akan buat laporan polis."


Terkial-kial dia menjawab,"Road tax tertinggal di rumah." "Hey...bawak motor macam Mat rempit, boleh tinggalkan road tax kat rumah pula?" Tegur saya. "Beginilah kak, boleh saya pinjam handphone untuk call abang saya?" Dia membalas. Amboi dah langgar kereta kita, senang-senang pula minta pinjamkan dia handphone...lalu saya berikan dia beberapa keping wang syiling menyuruh dia membuat panggilan dari pondok telefon. Hampeh... dia kembali hampa kerana tidak dapat menghubungi abangnya. "Saya sudah lewat! Awak ambil nombor ini dan minta abang awak telefon Kakak" Lalu, saya memandu pulang seusai menghantar teman yang menumpang.

Sebaik tiba di rumah, saya menerima panggilan dari seseorang yang menggelar "Suami" kepada perempuan yang saya langgar. Ish...ish...dia sudah terbalikkan cerita...Dipendekkan kisah, selesai solat Maghrib malam itu saya membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang. Gadis ini juga berada di sana...tetapi dia tidak menegur saya. Begitu agaknya belia kini, berat lidah menyapa yang lebih dewasa... Akhirnya saya diberitahu motorsikalnya itu sudah setahun tamat cukai jalan dan insurannya. Berani betul dia ya...! Saya amati dari jauh, langkahnya sudah tidak lurus, terencot-encot menahan sakit. Kesian ada, meluat pun sama
! Oh gadis kampung Felda Triang 4, Maaf ya! Tiada simpati buat kamu yang saya anggap begitu biadab.

Thursday, March 15, 2012


Cuti semester empat minggu yang begitu tenang dan saya penuhi dengan mendokumentasi artikel penting dipetik dari sesawang ilmu. Kuliah bakal bermula 02 April di kolej saya. Semester pendek tetapi padat. Ketika diri begitu kusyuk mengerjakan sesuatu, telefon blackberry saya berdering..."Salam Puan Dil, sudah lama kami menunggu di dalam dewan kuliah...Pukul berapa Puan Dil akan masuk?" Terpaku! Setahu saya siswa-siswi masih bercuti...bila pula kuliah saya bermula?  "Err...awak student saya? Bukankah masih cuti semester? Tanya saya ... Pelajar perempuan itu membalas, "Maaf Puan, saya dari IPTA... Alahai, 3 minggu sudah kuliah bermula, mengapa pihak pejabat tidak memberitahu saya? Di manakah silapnya?
~Di anjung pondok saya di Mutiara Bangi 22 March 2012~