dari mata pena sasteraku
Friday, October 21, 2016
Rindu
Sudah lama saya tidak singgah di ujana ini.
Rindu sekali. Saya baca semula semua entri yang pernah saya tulis satu ketika dahulu. Ada yang buat saya sebak. Berkata tentang sebak, saya sudah kehilangan abang kandung dua tahun lepas. Namun wajahnya, tuturkata nasihatnya serta segala perilaku abang sentiasa segar di atma.
Abang, damailah kau di sana. Moga Allah tempatkan abang bersama para solihin.
~Di sini, di kamar sepi, pagi ini~
Ujana yang sudah lama saya tinggalkan
Hampir berbulan ujana ini saya tinggalkan.
Namun malam ini dan ketika ini saya membuka dan membaca semula semua coretan lama.
Pada satu entry itu, saya berhenti dan terus sebak. Ia mengisahkan perjalanan dan pertemuan saya dengan sanak saudara. Sedih...abang kandung saya sudah pergi menghadap Illahi. Seperti suatu pukulan ketika saya diberitahu kabar ini.
Mengapa saya mengambil masa begitu lama untuk bertemunya ketika dia turun ke Kuala Lumpur menziarahi anaknya. Ah...penyesalan yang tidak mampu saya maafkan diri ini. Kesal. Sekesal-kesalnya.
Hampir dua tahun kini pemergiannya. Namun tidak sesaat pun saya mampu melupai abang saya. Semua nasihatnya, segala gelak tawanya, perilakunya begitu bersahaja tersangat memberi kesan kepada raga saya. Dia adalah satu-satunya abang yang kami tiga beradik punya. Kini dia sudah tiada yang usia yang boleh dikatakan muda.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas abangku dan termpatkan dia bersama para solihin.
~Pagi dingin di kamar tidur, Bangi~

Wednesday, July 22, 2015
Selamat berjumpa lagi

Namun hilang saya membuahkan hasil. Novel pertama berjudul "Sehelai Daun yang Gugur" akhirnya dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan sudah berada di pasaran. Sudi-sudilah membeli senaskah. Ceritanya digarap bersama Sifu Zaharah, tentang cinta dua insan pendidik. Bila cinta berputik semula, tragedy menimpa dan seorang pergi buat selama-lamanya. Kepada seorang penuntut yang sedang mengkaji novel itu, apa boleh hubungi saya melalui emel dilfroz1618@gmail.com. Mungkin kita boleh berbual panjang di situ.
~Suatu malam di teratak sepi, bangi~
Wednesday, March 27, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Salam Maulidur Rasul
Ya Nabi salam mualaika
Ya Rasul salam mualaika
Ya Habib salam mualaika
Sholawatullah alaika
Esok hari Rabu juga hari lahir nabi Muhammad saw. Marilah beramai-ramai kita berselawat ke atas junjungan nabi kita! Juga kita panjatkan doa kepada Allah swt di atas segala rezeki yang diberiNya kepada setiap hamba tanpa berbelah bagi. Amin
~Petang Rabu di kamar pejabat 23/01/2013~
Tuesday, January 22, 2013

Rabu yang dingin walaupun bumi tidak disirami hujan semalam. Ya, pagi-pagi begini udara di luar begitu penuh oksigen. Ah...itu dia mentari yang baru sahaja menampakkan diri di celah jendela kamar saya. Burung-burung juga menari riang dengan berkicau riuh. Saya senang!
Nikmatilah semua ini sementara ada. Bukan wang ringgit menentukan sesaat kenikmatan sebegini. Luangkan masa seketika untuk melihat keadaan di sekeliling rumah kita. Ayuh semua! Bumi ciptaan Allah ini harus kita hargai seadanya.
~Rabu 23 Jan 2013 , 7.00 pagi di teratakku di Mutiara Bangi~
Hujung minggu yang sibuk

~Senja yang tenang di kamar pejabat, 22 Jan 2013 - 6.45 petang~
Subscribe to:
Posts (Atom)