Friday, October 21, 2016
Rindu
Sudah lama saya tidak singgah di ujana ini.
Rindu sekali. Saya baca semula semua entri yang pernah saya tulis satu ketika dahulu. Ada yang buat saya sebak. Berkata tentang sebak, saya sudah kehilangan abang kandung dua tahun lepas. Namun wajahnya, tuturkata nasihatnya serta segala perilaku abang sentiasa segar di atma.
Abang, damailah kau di sana. Moga Allah tempatkan abang bersama para solihin.
~Di sini, di kamar sepi, pagi ini~
Ujana yang sudah lama saya tinggalkan
Hampir berbulan ujana ini saya tinggalkan.
Namun malam ini dan ketika ini saya membuka dan membaca semula semua coretan lama.
Pada satu entry itu, saya berhenti dan terus sebak. Ia mengisahkan perjalanan dan pertemuan saya dengan sanak saudara. Sedih...abang kandung saya sudah pergi menghadap Illahi. Seperti suatu pukulan ketika saya diberitahu kabar ini.
Mengapa saya mengambil masa begitu lama untuk bertemunya ketika dia turun ke Kuala Lumpur menziarahi anaknya. Ah...penyesalan yang tidak mampu saya maafkan diri ini. Kesal. Sekesal-kesalnya.
Hampir dua tahun kini pemergiannya. Namun tidak sesaat pun saya mampu melupai abang saya. Semua nasihatnya, segala gelak tawanya, perilakunya begitu bersahaja tersangat memberi kesan kepada raga saya. Dia adalah satu-satunya abang yang kami tiga beradik punya. Kini dia sudah tiada yang usia yang boleh dikatakan muda.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas abangku dan termpatkan dia bersama para solihin.
~Pagi dingin di kamar tidur, Bangi~
Namun malam ini dan ketika ini saya membuka dan membaca semula semua coretan lama.
Pada satu entry itu, saya berhenti dan terus sebak. Ia mengisahkan perjalanan dan pertemuan saya dengan sanak saudara. Sedih...abang kandung saya sudah pergi menghadap Illahi. Seperti suatu pukulan ketika saya diberitahu kabar ini.
Mengapa saya mengambil masa begitu lama untuk bertemunya ketika dia turun ke Kuala Lumpur menziarahi anaknya. Ah...penyesalan yang tidak mampu saya maafkan diri ini. Kesal. Sekesal-kesalnya.
Hampir dua tahun kini pemergiannya. Namun tidak sesaat pun saya mampu melupai abang saya. Semua nasihatnya, segala gelak tawanya, perilakunya begitu bersahaja tersangat memberi kesan kepada raga saya. Dia adalah satu-satunya abang yang kami tiga beradik punya. Kini dia sudah tiada yang usia yang boleh dikatakan muda.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas abangku dan termpatkan dia bersama para solihin.
~Pagi dingin di kamar tidur, Bangi~
Wednesday, July 22, 2015
Selamat berjumpa lagi
Hampir dua tahun saya tidak ke ujana ini. Pemergian saya bukan apa, cuma waktu yang begitu mencemburui diri. Mungkin juga saya tidak bijak mengendalikan waktu. Ada-ada sahaja yang perlu dilunaskan. Saya hampir lupa menulis di sini. Namun kehilangan saya hanya seketika, serasanya tidak ada sesiapa yang merindui insan kerdil tanpa nama dipersada sastera seperti saya.Namun hilang saya membuahkan hasil. Novel pertama berjudul "Sehelai Daun yang Gugur" akhirnya dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan sudah berada di pasaran. Sudi-sudilah membeli senaskah. Ceritanya digarap bersama Sifu Zaharah, tentang cinta dua insan pendidik. Bila cinta berputik semula, tragedy menimpa dan seorang pergi buat selama-lamanya. Kepada seorang penuntut yang sedang mengkaji novel itu, apa boleh hubungi saya melalui emel dilfroz1618@gmail.com. Mungkin kita boleh berbual panjang di situ.
~Suatu malam di teratak sepi, bangi~
Wednesday, March 27, 2013
Wednesday, January 23, 2013
Salam Maulidur Rasul
Ya Nabi salam mualaika
Ya Rasul salam mualaika
Ya Habib salam mualaika
Sholawatullah alaika
Esok hari Rabu juga hari lahir nabi Muhammad saw. Marilah beramai-ramai kita berselawat ke atas junjungan nabi kita! Juga kita panjatkan doa kepada Allah swt di atas segala rezeki yang diberiNya kepada setiap hamba tanpa berbelah bagi. Amin
~Petang Rabu di kamar pejabat 23/01/2013~
Tuesday, January 22, 2013

Rabu yang dingin walaupun bumi tidak disirami hujan semalam. Ya, pagi-pagi begini udara di luar begitu penuh oksigen. Ah...itu dia mentari yang baru sahaja menampakkan diri di celah jendela kamar saya. Burung-burung juga menari riang dengan berkicau riuh. Saya senang!
Nikmatilah semua ini sementara ada. Bukan wang ringgit menentukan sesaat kenikmatan sebegini. Luangkan masa seketika untuk melihat keadaan di sekeliling rumah kita. Ayuh semua! Bumi ciptaan Allah ini harus kita hargai seadanya.
~Rabu 23 Jan 2013 , 7.00 pagi di teratakku di Mutiara Bangi~
Hujung minggu yang sibuk

Percutian saya bermula Jumaat lepas. Ke Utara saya! Memandu bergilir bersama suami dan anak perempuan. Kami ke Anak Bukit menghadiri pernikahan sekali gus majlis resepsi puteri kepada abang kandung. Begitu meriah! Bertemu sanak-saudara yang dirindui...beborak sehingga embun dingin melapisi dedaun. Seronok! Andai waktu mengizinkan, ingin saya mengulanginya lagi...perisian padat di temani secangkir kopi bujang di sediakan isteri abang. Beberapa ketika ada genang ditubir mata. Ah syahdu...abang kandung yang begitu cergas lagi kacak dahulu, sudah ketara garis-garis usia yang memamah. Itulah Janji Allah swt, dan sesiapa jua harus kejar lima perkara sebelum lima perkara itu.
Singgah di Pekan Rabu mencari ole-ole dodol dan pelbagai jajan lain. Harganya agak mahal! Seperti harga di Kuala Lumpur pun ada. Ah...penjual! Mengapa tidak di standardisekan sahaja setiap harga. Ada yang jual seperti mahu kaya esoknya...cekik darah! Ada pula yang benar-benar mengikut kitab Allah. Berbahagialah peniaga-peniaga ini...semoga jualanmu sentiasa diberkatiNya. Hati saya berdebar-debar kini. Berapa banyaklah agaknya saman yang bakal saya terima! Kerana, sewaktu pulang, saya memandu sendirian. Saya tidak langsung mematuhi tahap kelajuan tempat itu. Rimas! Nak segera tiba ke teratak saya sebelum maghrib. Aduh....parah!
~Senja yang tenang di kamar pejabat, 22 Jan 2013 - 6.45 petang~
Monday, January 14, 2013
Bangi Yang Tenteram
|
Azan Maghrib baru sahaja berkumandang di sekitar sini. Bersahut-sahutan antara satu masjid dengan surau yang lain. Syahdu mendengarnya. Itu panggilan kepada muslimat untuk berhenti seketika dari apa yang dikerjakan supaya bergegas ke masjid mendirikan solat berjemaah. Namun, berapa ramaikah di kalangan kita yang benar-benar menjadi ahli masjid atau surau? Setiap kali solat, saf boleh dilihat tidak berapa. Untk mendapatkan satu saf seramai 20 orang juga sukar. Oh Tuhan, ampunilah dosa-dosa hambamu yang alpa serta leka dengan duniawi termasuk juga penulis blog ini.
Cuaca senja ini agak merimaskan di pojok tempat kerja saya., Bangi 7.40 malam
|
Sunday, January 13, 2013
Isnin yang gelap
Bersyukur saya kepada Allah kerana dibangkitkan dari tidur dengan bernafas lagi penuh bernyawa. Namun, ketika memanjatkan doa kepadaNya, terasa ada bebanan dibahu kiri. Agak sukar mengangkat tangan dan meluruskannya ke atas. Ya Tuhan, baru semalam saya sihat tetapi tidak lagi di pagi Isnin ini. Saya redha. Pasti Allah merancang sesuatu buat saya. Alhamdullilah, sekurang-kurangnya Allah tidak melupai saya.
Santai petang di teratakku di Mutiara Bangi, 14 Jan 2013
Membaca dan memberi markah pada transkrip pelajar-pelajar yang mengambi subjek saya begitu mencabar sekali. Setiap transkrip perlu di baca dua kali kemudian barulah mendapat apa message yang ingin disampaikan. Majoriti tidak menepati brief yang diberi terlebih dulu. Malah sesetengahnya terang-terangan menceduk kerja di Internet. This is so pathetic. It should stop!
Friday, December 28, 2012
Penawar bagi hati
Hati merupakan nadi kepada organ lain. Tanpa hati manakan bisa organ lain berfungsi. Banyak perumpamaan Melayu menggunakan perkataan hati . Tetapi mengapa ada rasa tidak senang hati dikalangan sesama insan? Berat Hati, makan hati, besar hati, busuk hati...Ya, perumpaan terakhir itulah yang banyak terjadi kini. Busuk hati bersamaan dengki. Ia penyakit yang menular antara kita. Saya kini diuji dan dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh rakan sepejabat. Namun saya berpegang kepada kata-kata Mother Teresa, "Walaubagaimanapun kebajikan yang kita lakukan itu ditohmah, dikeji atau dicerca, jangan berhenti, teruskankan kebajikan itu."
Hairannya, sewaktu hamba Allah ini berada di tempat saya, sering saya diperkecil dan dikutuk. Acap kali difitnah sesama kumpulan dengan mengatakan saya ini anak emas...apa yang saya minta semua dapat. Sedangkan semua itu tidak benar. Saya berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu. KPI saya juga tidak seberapa, tetapi saya tidak pernah melenting sehingga mengeluarkan kata-kata seperti "Mati nanti jawablah." Lebih menyedihkan, saya diminta mengisi borang cuti separuh hari jika saya pulang lewat dari berjumpa supervisor saya di Shah Alam. Apa yang ketara kini, waktu rehat kumpulan ini lebih lama dari masa yang saya ambil untuk pergi dan balek dari Shah Alam. Pelikkan! Ingin sekali saya berpesan kepada Hamba Allah ini, carilah penawar kepada hati saudara yang sudah tenat itu. Pantaslah merawati ia. Pulihkan segera, memandangkan saudara masih belum lagi berpasangan walaupun usia sudah hampir-hampir senja. Saya cakna! Juga, Saya panjatkan doa semoga Allah swt memberi kelembutan dalam tutur kata saudara. In sha Allah!
Lagi-lagi tentang hati...di pojok kerjaku
Lagi-lagi tentang hati...di pojok kerjaku
Saturday, March 24, 2012
Dua novel reliti hidup

Saya sedang membaca dua novel bersaiz sederhana dan berharap dapat mengkhatamkan keduanya sebelum 02 April 2012. Novel, 'The last Lecture" ditulis oleh seorang Profesor dari Carnegie Mellon University. Randy Pausch, profesor sederhana mempunyai kehidupan yang complete sehingga didiagnose menghadapi "Pancreatic cancer." Para doktor meramalkan beliau hanya mempunyai enam bulan untuk hidup. Ramalam itu lebih kurang tepat dan beliau meninggal pada 25 Julai 2008. Isteri serta tiga orang anak yang masih kecil meneruskan kehidupan dan bergiat dengan foundation yang ditinggalkan. Novel ini digarap dengan gaya bahasa simple tapi begitu menyentuh perasaan hanya berharga RM34.90 dan boleh dibeli di MPH. Saya baru sampai ke Chapter 40 tetapi buku ini sudahpun ditempah oleh kakitangan yang ingin juga menghayati perjalanan hidup penulisnya. Beberapa petikan indah akan kekal menjadi sebahagian diri saya apabila mengenangkan penulisn
ya seperti, "experience is what you get when you didn't get what you wanted," "Luck is what happens when preparations meets opportunity." "Get yourself a PhD and be a professor."Novel One Night @ the Call Center oleh Chetan Bhagat, saya beli ketika transit di lapangan Terbang Bengaluru, Bangalore. Novel bernilai 95 Rupees ini menyingkap kisah benar yang berlaku di Call center. Boleh dikategorikan novel cinta seorang jejaka kepada gadis disukai tetapi agak malu meluahkan perasaan. Suatu malam ketika sedang bertugas di Call Center, tiba-tiba telefon berdering dan didapati pemanggil ditalian itu adalah "Tuhan."hahaha...ada kelakaran di situ. Saya akan menamatkan bacaan novel ini beberapa hari lagi dengan tarikh yang sudah ditetapkan.
~Cuaca indah sekali di Bangi...dengan dentuman guruh sesekali memecah kesunyian. Pasti sebentar lagi dunia menjadi dingin di sebelah sini~
Thursday, March 22, 2012
it's easy...

"It's easy to erase someone from your mind, but, it's hard to remove it from the heart"
Petikan yang saya ambil dari blog seorang gadis. Kata-kata ini ada nilai sasteranya.
Ketika saya tenang menjalani hari-hari yang boleh saya katakan bahagia, namun ada malangnya. Sewaktu memandu pulang Jumaat lepas, cermin sisir kereta saya pecah berderai sementara bingkainya patah. Saya dalam kategori insan yang berhemat ketika memandu. Malangya, gadis ini, ... gadis sebaya anak saya yang memandu motorsikalnya begitu laju dan menghentam cermin sebelah kiri dengan bahunya lalu dia jatuh. Teman yang duduk di kerusi hadapan dalam mobil saya terkejut. Harap insiden ini tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.
Saya memberhentikan kereta lalu berkejar mendapatkan gadis yang melanggar kereta saya. Syukur...dalam hujan gerimis itu, dia masih boleh bangun berdiri. Tetapi emosi saya tercalar. Walaupun terketar-ketar, sayang tidak ada ucapan "Maaf" dari bibirnya. "Awak dah langgar kereta saya. Bagaimana? Boleh kita selesaikan di sini dengan awak membayar gantirugi?" Begitu serius saya menyoalnya. "Tapi Kak, saya hanya ada RM2 dalam dompet!" Sambil dompet merah di tunjukkan pada saya" Baiklah jika begitu, keluarkan road tax motor awak, dan lesen memandu sekali. Saya nak catat. Kemungkinan saya akan buat laporan polis."
Terkial-kial dia menjawab,"Road tax tertinggal di rumah." "Hey...bawak motor macam Mat rempit, boleh tinggalkan road tax kat rumah pula?" Tegur saya. "Beginilah kak, boleh saya pinjam handphone untuk call abang saya?" Dia membalas. Amboi dah langgar kereta kita, senang-senang pula minta pinjamkan dia handphone...lalu saya berikan dia beberapa keping wang syiling menyuruh dia membuat panggilan dari pondok telefon. Hampeh... dia kembali hampa kerana tidak dapat menghubungi abangnya. "Saya sudah lewat! Awak ambil nombor ini dan minta abang awak telefon Kakak" Lalu, saya memandu pulang seusai menghantar teman yang menumpang.
Sebaik tiba di rumah, saya menerima panggilan dari seseorang yang menggelar "Suami" kepada perempuan yang saya langgar. Ish...ish...dia sudah terbalikkan cerita...Dipendekkan kisah, selesai solat Maghrib malam itu saya membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang. Gadis ini juga berada di sana...tetapi dia tidak menegur saya. Begitu agaknya belia kini, berat lidah menyapa yang lebih dewasa... Akhirnya saya diberitahu motorsikalnya itu sudah setahun tamat cukai jalan dan insurannya. Berani betul dia ya...! Saya amati dari jauh, langkahnya sudah tidak lurus, terencot-encot menahan sakit. Kesian ada, meluat pun sama! Oh gadis kampung Felda Triang 4, Maaf ya! Tiada simpati buat kamu yang saya anggap begitu biadab.
Thursday, March 15, 2012

Cuti semester empat minggu yang begitu tenang dan saya penuhi dengan mendokumentasi artikel penting dipetik dari sesawang ilmu. Kuliah bakal bermula 02 April di kolej saya. Semester pendek tetapi padat. Ketika diri begitu kusyuk mengerjakan sesuatu, telefon blackberry saya berdering..."Salam Puan Dil, sudah lama kami menunggu di dalam dewan kuliah...Pukul berapa Puan Dil akan masuk?" Terpaku! Setahu saya siswa-siswi masih bercuti...bila pula kuliah saya bermula? "Err...awak student saya? Bukankah masih cuti semester? Tanya saya ... Pelajar perempuan itu membalas, "Maaf Puan, saya dari IPTA... Alahai, 3 minggu sudah kuliah bermula, mengapa pihak pejabat tidak memberitahu saya? Di manakah silapnya?
~Di anjung pondok saya di Mutiara Bangi 22 March 2012~
~Di anjung pondok saya di Mutiara Bangi 22 March 2012~
Monday, February 6, 2012
Salam Maulidul Rasul
Lelah...
Hiba. Sejarah Nabi menyebabkan diri jadi syahdu. Sesungguh ada kecintaan di sayap bayu. Aaah...saya rindu. Ingin sekali bertemu rasullullah.
Hiba. Sejarah Nabi menyebabkan diri jadi syahdu. Sesungguh ada kecintaan di sayap bayu. Aaah...saya rindu. Ingin sekali bertemu rasullullah.
Friday, July 22, 2011
Ujian Demi Ujian
Saat umat Islam girang menyambut nisfu syaaban, famili saya ditimpa duka. Saudara terdekat meninggal dunia pada Khamis malam Jumaat lalu kerana sesak nafas. Begitu pantas perginya. Sakit seketika terus tenat lalu pergi buat selamanya. Aduh, nyawa yang begitu fragile. Kembara yang sudah berpenghujung. Tanpa sempat menyelak kitab baru. Keluarga saya masih berkabung dengan pemergian saudara ini. Dia darah daging kami. Perjalanannya bertemu Pencipta yang begitu senang. Saat dimasukkan ke liang lahad, tiada teman, tiada rakan yang mengiring. Hanya adik beradik saya. Tidak juga anak angkat yang di besarkan hingga dewasa lalu semua kekayaan diturunkan pada anak "orang" ini. Sayang...pabila ayahnya sakit, anak yang pernah dibelai dan diberi kasih seperti anak kandung itu tidak mahu menjaga orang tuanya. Aduh! Kacang yang benar-benar lupakan kulit. Lalu dia dibuang seperti sampah. Pilu. Saudara ini menghubungi kakak merayu mengambilnya. Dia ingin menumpang teduh di bawah satu bumbung demi sisa-sisa hidupnya. Jadilah dia sebahagian dari keluarga kakak. Juga keluarga kami. Entah mengapa, sejarah hidupnya begitu menyentuh sanubari ini. Ada ketika saya sebak mengenang takdirnya. Saya mohon kehadrat Ilahi semoga anak "pungutan" yang sudah kaya itu insaf dan menziarah kubur ayahnya. Biar barang seketika.
Saudaraku, semadilah dengan tenang. Al-fatihah.
Wednesday, June 29, 2011
Sepi terus meruntun jiwa
Semakin saya merapatkan diri kepadaNya, bertubi-tubi pula ujian yang menimpa. Seperti tidak mampu lagi bahu kecil ini memikul. Namun saya redha. Ingin saya berkongsi kesedihan bersama teman... aahh... siapalah yang bersimpati. Siapalah agaknya yang peduli. Sebaliknya saya diminta jangan beremosi. This is so pathetic! Kemanakah perginya segala sifat perikemanusiaan orang kita? Bangsa yang tersohor dengan kelembutan dan keramahan. Adakah sifat itu pupus seperti lupusnya sesetengah unggas yang kini diberi perlindungan?
Hairan... rakan seperjuangan yang bukan seagama pula beria-ia mengutus simpati. Meminta saya banyak bersabar...sedangkan insan ini tidak pernah saya angkat atau sanjung kerana dia bukan rumpun saya. Sedikitpun tidak terlintas untuk mengharapkan sesuatu. Memadai sekadar mengucapkan, "Saya bersimpati dan dapat rasakan apa yang saudari lalui." Ia sudah tentu meringankan kepiluan saya. Sayang...itu semua tidak berlaku! Sedikit peculiar!
~Menanti kehadiran hikmah...bilakah akan tiba? Di meja sastera, Bangi 12.15 mlm, 30/6/2011~
Wednesday, June 15, 2011
DBP
Tuesday, June 14, 2011
Bumi berputar, zaman beredar

Gegaran meja yang ketara menyentak kekhusyukkan tugas yang dikerjakan. Bundak seketika. Apa perlu ruang dikosongkan dan berlari mencari perlindungan dari goncangan ini. Saya tinjau dari jendela. Suasana tenang di luar. Seperti tiada apa-apa yang terjadi. Haha...kelakar. Namun semua ini menghantar suhu rengsa di ubun saya. Migrain! Sakit yang sentiasa menghentam saraf di kepala. Pantas "migarid" saya telan. Mujarab. Penawar yang sentiasa ada di sisi. Seperti sahabat sejati, jangan sesiapa berani memisahkan kami. Seusai saya dikejutkan deringan telefon teman yang memberi kabar. Sumatera dilanda musibah. Sudah lali dikoklea saya. Takdir menimpa lagi kepada jiran kita. Apa yang boleh insan sekerdil saya usahakan... hanya panjatan doa demi doa agar umat Muhammad dilindungiNya. Mengapa bumi begitu marah? Baru tiga purnama, pulau Hokkaido dilanda banjir. Kini...ah malas benak ini mahu memikirkan semua itu. Sudah cukup bebanan yang dipikul pundak saya. Hanya satu yang terpacul di depan mata, haha...penulisan ilmiah yang benar-benar mahu saya khatamkan.
Tuhan...bilakah agaknya!
~Waktu makan tengahari dalam kamar kerja. Bagaimana hendak memotivasikan diri? Saya perlu kata ransang...15/6/2011~
Monday, June 13, 2011
Sepi ...


Sepi mengingatkan saya kepada artikel, "Sepi Seorang Perindu." Bukan, rasanya novel yang saya pernah baca. Mungkin juga tajuk lagu Jamal Abdillah. Tidak pasti! Tidak tahu! Tidak boleh fokus di mana pernah saya nampak sebaris ayat itu. Adakah saya pelupa? Kebarangkalian ada di situ! Tuhan, hanya Dikau yang tahu segalanya...Haha. Saya dilanda sepi. Begitu ketara. Bukan saya alu-alukan kehadiran sepi. Seperti panggilan alam, sepi tiba tanpa diseru. Dalam keriuhan teman berbicara sesuatu, gelak-tawa lalu berjenaka, saya terus sepi. Mengapa saya begini?
Rindu? Rindu itu tiba-tiba datang. Tanpa diundang. Rindu pernah berziarah dan ingin berlabuh di tubir hati. Namun saya enggan mengizinkan. Beberapa musim lalu, saya terusan merindui insan yang saya kasihi. Betapa saya rindu kepada ibu. Rindu saya kepada ayah yang sentiasa mendokan kesejahteraan puterinya. Saudara yang sudah tiada, saya rindukan anlian! Rindu pada teman sepermainan yang kerap terbayang. Terngiang-ngiang jeritan dia ketika kalah dalam permainan batu selembang masih boleh saya dengar. Oh betapa saya merindui semua! Namun anlian insan baik yang sudah dipanggil. Seperti remuk hati ini setiap kali mendapat kabar itu. Ingin saya turuti saudara semua. Ah mungkin belum masanya. Sampai waktu, saya akan pergi juga. Pesan ustaz, tidak salah merindui sesuatu. Itu sifat semulajadi insan lemah seperti saya. Ada kebenaran nasihat ustaz. Tika ini saya merindui semua guru saya. Apa kabar agaknya guru-guru saya? Sifu Z, mengapa sepi tanpa berita. Sifu sihatkah?

~14 Jun 2011...Unipark Suria 3.30 ptg. Langit itu seperti marah... mungkin akan hujan lebat petang ini~
Subscribe to:
Posts (Atom)











