Thursday, April 30, 2009

Sungguh dodgy

The Dodger & The Dipper
Tajuk cerpen ini menarik perhatianku. Tetapi mengapa teksnya dalam Bahasa Melayu? Tidak dapatku gambarkan, jika ada karya William Shakespeare diberikan tajuk Bahasa Melayu. Kemudian teksnya dalam Bahasa Inggeris. Contoh "A midsummer night's dream" ditukar jadi, 'Mimpi di malam pertengahan musim panas.' Akankah penganalisis karyanya pertikaikan atau berkata sesama sendiri, "biar betul mamat Shakespeare ini."
Hmmm... jom pekena kopi dulu!

2 comments:

  1. Mungkin sdr harus membaca dahulu teks cerpen itu sepenuhnya, dan bukan hanya menilainya pada tajuknya sahaja. Mungkin ketika itu nanti baru sdr akan mengerti bahawa pemilihan tajuk berbahasa Inggeris itu adalah bertujuan menyindir. Mungkin ketika itu juga sdr akan mengerti bahawa ia adalah sebuah karya satira. Dan mungkin satira itu memang sifatnya menyindir. Mungkin. Ya, mungkin. Jom, pekena kopi dulu! =)

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil
    Sudah baca cerpen sdr. Memang satu karya satira. Akak tertanya-tanya siapa protagonis dan antagonisnya? Kurang dialog juga jalan cerita banyak telling. Maaf, jangan ambil hati. Anggap saja sdr sudah berjaya menghasilkan sesuatu lain dr yang lain. Teruskan berkarya. Kita sama sekampus, UiTM Shah Alam, mungkin?

    ReplyDelete