Friday, August 14, 2009

bunga api

Saya melihat bunga api malam ini. Dari pojok jendela dalam dapur yang menghala ke UKM. Tika itu saya sedang duduk di birai meja menikmati Café latte dibancuh khas oleh insan tersayang demi meleraikan lelah memandu dari Shah Alam pulang ke pondok usang di Bangi. Percikan berona biring seperti kunang-kunang itu menenangkan sukma keibuaan saya. Sejujurnya dari remaja lagi saya suka melihat bunga api. Entah mengapa. Saya suka mendongak ke langit berkali-kali melihat percikan api-api kecil yang begitu indah itu.
Jauh di lubuk kecil hati saya terus berkata-kata, mungkin juga itu acara kemuncak tanda berakhirnya majlis konvokesyen di Universiti itu. Tidakkah begitu Doktor Mawar?
Lalu tergambar wajah murni anak-anak yang sudah mencecah 40 puluh orang itu. Wajah-wajah yang sering dirindui setiap hari Khamis. Wajah-wajah ini juga bakal melangkah naik ke persada menerima skrol waktu konvokesyen nanti InsyaAllah, saya doakan kejayaan semua. (foto kredit kpd spice's photostream)

2 comments:

  1. mungkin itulah keriangan.. percikan keindahan dari lontaran warna.semuanya digabungkan menjadi satu dan menjadi semua semula.

    ReplyDelete
  2. :) terima kasih. Saya suka pada komen saudari

    ReplyDelete