Thursday, March 22, 2012

it's easy...


"It's easy to erase someone from your mind, but, it's hard to remove it from the heart"
Petikan yang saya ambil dari blog seorang gadis. Kata-kata ini ada nilai sasteranya.

Ketika saya tenang menjalani hari-hari yang boleh saya katakan bahagia, namun ada malangnya. Sewaktu memandu pulang Jumaat lepas, cermin sisir kereta saya pecah berderai sementara bingkainya patah. Saya dalam kategori insan yang berhemat ketika memandu. Malangya, gadis ini, ... gadis sebaya anak saya yang memandu motorsikalnya begitu laju dan menghentam cermin sebelah kiri dengan bahunya lalu dia jatuh. Teman yang duduk di kerusi hadapan dalam mobil saya terkejut. Harap insiden ini tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.

Saya memberhentikan kereta lalu berkejar mendapatkan gadis yang melanggar kereta saya. Syukur...dalam hujan gerimis itu, dia masih boleh bangun berdiri. Tetapi emosi saya tercalar. Walaupun terketar-ketar, sayang tidak ada ucapan "Maaf" dari bibirnya. "Awak dah langgar kereta saya. Bagaimana? Boleh kita selesaikan di sini dengan awak membayar gantirugi?" Begitu serius saya menyoalnya. "Tapi Kak, saya hanya ada RM2 dalam dompet!" Sambil dompet merah di tunjukkan pada saya" Baiklah jika begitu, keluarkan road tax motor awak, dan lesen memandu sekali. Saya nak catat. Kemungkinan saya akan buat laporan polis."


Terkial-kial dia menjawab,"Road tax tertinggal di rumah." "Hey...bawak motor macam Mat rempit, boleh tinggalkan road tax kat rumah pula?" Tegur saya. "Beginilah kak, boleh saya pinjam handphone untuk call abang saya?" Dia membalas. Amboi dah langgar kereta kita, senang-senang pula minta pinjamkan dia handphone...lalu saya berikan dia beberapa keping wang syiling menyuruh dia membuat panggilan dari pondok telefon. Hampeh... dia kembali hampa kerana tidak dapat menghubungi abangnya. "Saya sudah lewat! Awak ambil nombor ini dan minta abang awak telefon Kakak" Lalu, saya memandu pulang seusai menghantar teman yang menumpang.

Sebaik tiba di rumah, saya menerima panggilan dari seseorang yang menggelar "Suami" kepada perempuan yang saya langgar. Ish...ish...dia sudah terbalikkan cerita...Dipendekkan kisah, selesai solat Maghrib malam itu saya membuat laporan di Balai Polis Trafik Kajang. Gadis ini juga berada di sana...tetapi dia tidak menegur saya. Begitu agaknya belia kini, berat lidah menyapa yang lebih dewasa... Akhirnya saya diberitahu motorsikalnya itu sudah setahun tamat cukai jalan dan insurannya. Berani betul dia ya...! Saya amati dari jauh, langkahnya sudah tidak lurus, terencot-encot menahan sakit. Kesian ada, meluat pun sama
! Oh gadis kampung Felda Triang 4, Maaf ya! Tiada simpati buat kamu yang saya anggap begitu biadab.

No comments:

Post a Comment