Monday, January 26, 2009

Bengkel Penulisan


Saya menjadi peserta Bengkel Penulisan Novel Sejarah Johor II dari 23-25 Jan 2009, anjuran Yayasan Warisan Johor dengan kerjasama Gapena dan DBPWS yang berlokasi di Hotel Straits Meridian, Melaka. Bengkel ini disertai 60 peserta terdiri dari berbagai latarbelakang dan negeri. Beberapa perkara penting saya pelajari walaupun diri tidak minat bermain dengan fakta dan tarikh sejarah. Namun mendengar pengalaman peserta-peserta rata-ratanya sudahpun menghasilkan novel sejarah, berdetak juga hati kecil untuk mencuba. Selain menimba ilmu penulisan, saya pulang ke rumah dua kilo lebih berat kerana makanan enak lagi sedap disediakan oleh Chef-Chef hotel terdiri dari belia-belia Melayu. Kagum dengan semangat waja sdr Nisah Hj Harun, seorang peguam Syarie, menjadi penulis sepenuh masa menjual buku-bukunya juga penulis-penulis lain ala-ala ebay dan amazon.com. Sifu Z diundang berkongsi pengalaman dalam novel "Panglima Salleh Selimpang Merah," mendapat pujian semua atas ketabahannya hadapi halangan atau "limitations of the study" dalam menyiapkan novel itu. Saya suka sesi Sifu Z kerana tidak mengantuk, sesi-sesi lain itu, faham-faham sajalah bila perut metah kenyang, apa lagi, ... ZZZZzzzZZZ lah jawabnya.





Sleepless in Bangi, 27 Jan 2009

3 comments:

  1. Assalamualikum, Dil.

    Tahniah, kerana menjadi seorang penulis. Tinta hitam penulis itu lebih berat pahalanya daripada tinta merah syuhada!

    Rakan seguru yang cemburu,
    al-Kurauwi
    http://ibnuahmadalkurauwi.worpress.com

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Daripada salah seorang peserta dan penjual buku di Bengkel Novel Sejarah, Zulkifli Khair.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam sdr al-Kurauwi
    T/kasih singgah memberi komen. Sbg peserta baru dlm penulisan cerpen, perjalanan untuk sampai ketahap sdr metah jauh. Diri amat berbesar hati jika sdr tidak keberatan berkongsi ilmu penulisan dgn saya. Salam perkenalan.

    ReplyDelete