Saturday, March 7, 2009

Tanganku hulur, maafku pinta

Ramai tidak gembira apabila mata pena sasteraku menulis tentang keindahan zaman kanak-kanak. Teman yang swinged-by di blogku mengutuk serta memberi komen bahawa zaman kanak-kanak tidak semuanya indah. Lihat sahaja anak-anak di Palestin itu, mana letaknya keindahan zaman kanak-kanak mereka, malahan terjaga sahaja dari lena, kerisauan sudah menanti adakah hari ini lebih indah atau buruk dari semalam. Aku mungkin alpa dan naif tentang itu. Sejujurnya aku harus lebih berhati-hati menulis subjek sensitif ini. Seorang yangku segani lagi hormati, menelefon memberitahuku, zaman kanak-kanaknya penuh duka nestapa. Berlaku Perang Dunia Kedua sementara Malaya dikuasai Jepun. Tidak ada ayam goreng Kentucky mahupun kentang goreng Mac Donald ketika itu. Yang ada cuma ubi rebus, ikan kering, pucuk paku dan pucuk ubi. Usia seawal lima enam tahun sudah melihat darah di sini sana. Astagfirullah...Izinkanku menyusun jari memohon maaf di atas kelantangan penulisanku tentang keindahan alam kanak-kanak. Maafkanku saudara saudari pembaca sekalian. Hari ini aku belajar sesuatu yang baru.

~ I am truly sorry, please forgive me, Bangi 08/03/09 ~

2 comments:

  1. Dilfroz,
    Pada saya, tak perlulah menyusun jari memohon maaf kepada sesiapa kerana saudari tidak bersalah. Saudari bebas menulis berdasarkan pandangan saudari tentang sesuatu di blog saudari sendiri.

    Pandangan saya tentang kanak-kanak juga indah. Tetapi ada juga yang pahit, itu saya setuju. Sebagai manusia biasa, saya jadikan semua itu sebagai memori indah kerana ia datang hanya sekali dalam hidup.

    That's life.

    Teruskan melulis. :)

    ReplyDelete
  2. T/kasih saudari Jentayu. Zaman kanak-kanak saya terlalu indah kerana ada ibubapa yang mengasihi, menyayangi serta mengajar supaya hidup harus bersederhana. Kini keduanya sudah tiada, namun ilmu yang diberi saya praktikkan sehingga kini. Itu yang saya panggil indah.

    ReplyDelete